Saturday, 1 December 2012

hati emas.....=)

Untuk memberi, kita mesti memiliki dan untuk memiliki kita mesti mencari. Mencari, memiliki dan memberi – adalah tiga jalan untuk mendapat kecintaan Allah dengan memberikan kasih sayang sesama manusia.
Namun, itu mudah dari segi ilmunya… apabila tiba pada tahap melaksanakannya, kita pasti teruji. Kerana mencari, memiliki dan memberi sering terusik ketertibannya.
Sering kita dituntut untuk memberi sebelum memiliki. Adakalanya, baru berusaha… sudah ditagih oleh yang meminta. 

HATI EMAS… itulah hati yang ikhlas. Hati yang merasakan hidayah Allah itu lebih berharga dari segalanya. Hidayah milik Allah, namun alangkah indahnya jika hidayah itu dilalukan Allah melalui diri kita sebelum sampai kepada orang lain. Seperti yang sering diungkapkan oleh Prof Muhaya, bahagia itu apabila kita membahagiakan!
Namun, ajal maut di tangan Tuhan. Jangan tunggu berharta untuk berjasa. Jangan nanti sampai benar-benar memiliki baru hendak memberi. Bahagia itu pada ketenangan, kejayaan itu pada kebenaran. Sampaikanlah kebenaran untuk mendapat kebahagiaan. Yang sedikit, akan membukit apabila diberi dengan keikhlasan. Yang seraut akan melaut apabila dicari dengan niat untuk memberi. Ya Allah, tidak akan berkurangan orang yang memberi keranaMU. Apa yang aku dan kita semua alami sekarang hanyalah ujian dalam memberi… apakah kita mampu memberi semasa sedang mencari, sebelum benar-benar memiliki!
Jangan tunggu berkuasa untuk berjasa. Jangan tunggu berharta untuk berbakti kepada yang derita. Pada pagi Jumaat ini terimalah bingkisan ini seadanya. Bukan emas gemerlapan… dariku cuma peringatan:
Andainya hartawan itu tahu…. 
Pernah diungkapkan, tidak mengapa jika kaki mu yang sakit, asalkan hati mu sihat. Dengan kaki yang sakit, kita mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi dengan hati yang sakit kita akan kehilangan tujuan dan harapan. Betapa ramai, orang yang punyai fizikal yang sihat, tetapi apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Dia menjadi insan yang miskin dalam limpahan kekayaan. Hidup derita walaupun di kelilingi keseronokan.
Allah yang Maha adil tidak meletakkan kebahagiaan kepada rupa, harta, kuasa dan nama. Jika demikian, si miskin, si hodoh, si marhaen dan “kelana tanpa nama” akan terpinggir dalam mencari kebahagiaan. Setiap hambaNya tidak akan terasa dipinggirkan. Allah tidak zalim. Dia meletakkan kebahagiaan pada ketenangan ‘hati emas’ – hati yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si kaya, si buruk atau si jelita, hamba atau raja.
Di mana akan kita temui hati emas seperti itu? Hati itu ditempa dan ‘disesah’ oleh mujahadah di jalan Allah. Umpama intan yang dipanaskan oleh haba dengan kepanasan ganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala, maka begitulah hati manusia. Hanya akan bercahaya oleh siraman keringat, deraian air mata dan aliran darah oleh insan yang bermujahadah di jalanNya.
Juseru, apabila tiba saat diuji – detik perpisahan, kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian (namakan apa sahaja), jangan lari, tetapi hadapi. Walau pedih, sedih dan tersisih, jangan mengelak. Tunggu dan hadapi. Terima hakikat, jika hidup sudah terhenyak ke dasar yang paling bawah, jangan berpura-pura lagi. Jangan terus bermuka-muka. Namun, terimalah hakikat supaya mampu bangun kembali dengan cepat!
Bila sudah tiba di dasar paling bawah, kepala yang di julang sudah menjunam ke dalam jurang… tentu sudah tidak ada lagi tempat untuk jatuh. Maka pada ketika itulah peribadi akan naik semula ke atas kerana kita sudah membayar “yuran” pada kejayaan. Kita sudah merasa kepahitan pada ubat yang ditelan.
Saat diuji itulah segala mazmumah akan dimamah. Ego, bangga, rendah diri, kecil hati, kecut, penakut sudah “dibakar” dalam relau mehnah Allah. Dan saat itulah kita layak menerima anugerah. Yakni, bingkisan ijazah daripada “universiti mujahadah”. Tidak ada gelaran, tidak ada sanjungan… hadiahnya hanya: Hati emas!
Memburu selainnya hanya akan mengecewakan. Pergilah setinggi puncak karier, rebutlah setinggi nama, carilah sebanyak harta, tanpa hati emas, kau hanya akan meninggikan tempat jatuh. “Berjaya” tanpa keperibadian yang kukuh hanya mendedahkan diri kepada lebih banyak stres, tekanan dan kebosanan. Betapa ramai jutawan, hartawan, rupawan, bangsawan dan kenamaan dimusnahkan oleh rasa bongkak, obsesi diri, kemurungan dan zina. Naik ke puncak untuk terjun ke dasar yang paling bawah.
Tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Perkukuh solat lima waktu dengan segala rawatibnya. Luangkan dan lapangkan masa dengan membaca Al Quran dan berselawat. Kurangkan makan dan kurangkan perkataan. Bercakap hanya yang baik atau diam. Uzlahkan diri jika terasa mata dan telinga terlalu liar untuk ditundukkan. Tersenyumlah dengan penghinaan. Redhalah dengan kesepian. Jangan takut kepada kelicikan, tipu-daya dan kezaliman. Hayatilah sebuah sabda, jika kita enjaga Allah, Allah akan menjaga kita. Tidak mengapa jika dipinggirkan, malah dilupakan… kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya apabila memiliki hati emas itu!  
Itulah yang sering diungkapkan oleh para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah), “andainya para hartawan tahu betapa lapang dan tenangnya hati apabila bangun malam, nescaya mereka akan meninggalkan seluruh kekayaan mereka untuk mendapat ketenangan itu!
(Adaptasi dalam buku DI MANA DIA DI HATIKU?)
share from:

syukur syukur syukur ya allah....

Janganlah terlalu bersedih kerana kehilangan atau rasa sempit dalam hidup.

Sebenarnya kehilangan sesuatu atau musibah yang melanda membuatkan kita lebih bersyukur. Orang yang tidak kehilangan kurang faham erti syukur.

Kesusahan datang tanda makbulnya doa kita supaya kita lebih MENCINTAI Allah, supaya kita lebih tabah, supaya kita menjadi kuat, supaya kita lebih bersedia untuk melalui hidup yang 
kita inginkan.

Seorang ibu atau bapa yang menyayangi anaknya, sanggup biarkan anaknya yang kecil terjatuh, sakit sedikit, dan terus membiarkannya demi untuk lihat mereka berjalan atau membesar.

Sedangkan ayah atau ibu itu berdiri dekat dengan mereka. Dia akan membiarkan kerana sayang. Tapi bila terlalu bahaya, ibu atau bapa tadi akan berlari untuk menyambutnya.

Begitulah bagi hambanya, Allah sangat dekat dengan kita. Segala kesusahan dan kehilangan demi untuk kita lebih berjaya dunia dan akhirat. Dia sangat DEKAT dengan kita.

KITA tidak pernah bersendirian dalam menghadapi sesuatu. Mungkin orang yang kita sayang tidak pernah faham masalah kita. Tapi Allah faham kita semua,lebih dari kita faham diri kita.

Itu sebabnya, orang yang pernah kehilangan, paling mengerti nilai yang ada padanya, dan dengannya paling mengerti indahnya bersyukur.

Apakah ada kebaikan yang sedang kita sia-siakan hari ini, yang akan diambil dari kita supaya kita belajar untuk mensyukuri dan berterima kasih kepada Allah?

Apakah kita sedang tidak menghayati nikmat kesihatan?

Apakah kita sedang mensia-siakan orang yang mencintai kita?

Apakah kita sedang mengeluhkan pekerjaan yang sangat diperlukan oleh banyak saudara kita yang sedang menganggur?

Apakah kita sedang membazirkan duit untuk kesenangan sementara sedangkan perkara paling utama ialah keredhaan Allah

Atau apakah kita sedang menggunakan mulut yang seharusnya untuk berdoa dan mengagungkan Allah digunakan untuk memaki, dan menunggu saat penyesalan – yaitu ketika azab Allah untuk orang yang tidak menjaga lidah mereka.

Kita tidak menghargai nikmat Allah sampai nikmat itu dicabut.

Inikan pula nikmat agama yang dikurniakan kepada kita. Bagaimana?

Wahai jin dan manusia nikmat aku yang manakah kamu dustakan

Marilah kita hidup ikhlas dalam kebaikan, dan mengutamakan bersyukur daripada mengeluh, dan mendahulukan usaha dan menangis kepada Allah dari menyalahkan orang lain -

Ya Allah jadikanlah kami orang yang lebih bersyukur, - benar-benar faham akan nikmatmu dan memahami semua ini - Ustaz ebit lew

Friday, 9 November 2012

sye manusia biasa....tanpa dendam di hati...=)


Lautan Yang Berapi 
Daratan Yang Berduri 
Bagiku Bukan Musibah 
Malahan Hikmah Berharga 

Katalah Apa Saja 
Yang Jelik Penuh Dusta 
Kau Bebas Warnai Diriku 
Di Minda Yang Kelabu 

Chorus 
Siapa Diri Ini 
Tuhan Yang Memahami 
Amarah Dan Kecewa 
Hanyalah Bara Membakar Jiwa 

Sungguh Pun Ku Terkilan 
Terguris Perasaan 
Ku Pilih Berdiam Diri 
Tanpa Dendam Dihati 

Ulang Chorus 2 X 


kene sangat dengan lagu nii..yupp..walaupown saye marah,saye sedih, kecewaa,,saya pilih untuk terus diam..tanpa ada dendam dalam aty..meskipown saya sakit aty sangat..rasa macam nak nangis jerh setiap ary..hhu..saye sedar saye manusia biasa..siapa la saye nak dendam2..saye serah semuanya pada Allah..die maha megetahui!!!


Saturday, 14 July 2012

Ujian itu tanda kasih sayang allah...


assalmualaikum dan selamat berhujung minggu semua....

 hari ni sy ade artikel yang nak dikongsikan.. semoga kita semua mendapat sesuatu drpdnya..
insyallah....

Sumber : halaqah.net

Salam sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian…adakah kita selalu bertanya kenapa Allah memberi ujian ini dan itu kepada kita? Kenapa aku terpaksa menerima ujian ini? Seolah-olah manusia yang tidak ada iman dan kepercayaan kepada Tuhan. Siapakah kita untuk mempersoalkan apa yang telah diberikan Allah kepada kita. 

Sedarlah bahawa..FIRMAN Allah SWT: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah: 286)

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan manusia mengikut kemampuannya dalam apa jua sekalipun, cuma kita sebagai manusia yang perlu pandai dalam mengatasi setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan. Dia Allah ingin menguji setakat mana kebergantungan kita kepadaNya. Adakah dengan ujian itu kita mendekatkan diri kepada Allah atau kita semakin jauh dariNya. Subhanallah. Kuatkanlah diri kita untuk mendekatkan diri kepadaNya apabila dalam keadaan senang atau susah, keadaan bahagia atau menderita.
Setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza-beza.

       Bagaimana pula ujian yang diberikan kepada kita? 
Ini semua terpulang kepada kita bagaimana kita hendak menghadapi dugaan itu. Adakah ujian itu 
       kita terima dengan hati yang ikhlas dan redha atau sebaliknya. Ujian Allah kepada manusia itu lebih ringan jika dibandingkan dengan ujian yang diberikan Allah kepada Nabi-nabi terdahulu.
Sebagaimana kita ketahui, Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila 
menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada 
Nabi Ayub.

Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."

Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya.

Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.

Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. –Dr mindailmu
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati." -Drmindailmu

Jika kita serahkan seluruh jiwa raga kita kepadaNya sebagai hamba di muka bumi ini. Kita tidak akan mengeluh sedikit pun apa yang berlaku kepada kita. Wallahua'lam..semoga kita dapat muhasabah diri dan mendapat manfaat dari perkongsian ini...=)

     

Friday, 18 May 2012

"Taiko" Azmi's Farewell Party

story pasal en azmi punye farewell memang enjoy celebrate dekat "salt n paper cafe restaurant @the zon"...makan  memang puas la...actually malam 2 semua orang cdey coz azmi staff paling senior n paling lame bertahan...staff paling hapening n cool..tapi die resign pulak...memang cdey la exp budak2 frontline coz dieowg paling rapat degan azmi... mungkin rezeki die ade kat tempat lain...hurmmm


nie hadiah budak2 union untuk azmi...harap2 die suke lah kan...

selain tu azmi ad gak dapat hadiah from branch n officer frontline...


semoge suksess ye en azmi...






sempat lagi berposing walaupun semue cdey....

apepun gudluck azmi rezeki allah luas semoga die dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda...=)






Saturday, 5 May 2012

minggu yang amat memenatkan...

mgu nie best coz ada cuti labor day tapi aku xdapat cuti coz join budak2 union...wohh pnat sesangat...semalam cuti pown xdapat rest puas2...

story pasal 1may ary tu aku turun kl 30hb tu balik je keje trus siap2 pegi bandar coz kne kumpul sane pkul 11mlm..last2 bas sampai pukul 1pg...lame giler kiteowg sampai punyer la awal 10.30 coz exited 1st timer join bende cam nie...ramai jugak la bank2 lain seluruh malaysia join exp maybank...aku takut2 jugak nak join coz time nie bersih baru lepas buat perhimpunan...tapi kiteowg pnye secare aman n terkawal...polis pn ad buat kawalan tuk jage kiteowg...


jom gempurr...huhuhuhu




nie mase tengah tunggu bas muke2 pnat nak cari bantal....

pukul 4pg kiteowg sampai seremban siap2 mandi lepas 2 baru pegi hq kiteowg...kat sane dapat t-shirt n ad makan2 ckit...



sempat la kiteowg posing2 amik gambar...huhuhuhu
baju ala2 baju mu 2...


ramai giler penyokong baju merah nie...


chairman kiteowg semangat giler tapi die mmg best


sebilangan ahli...sesak woo jalan...


semangat kesukanan...ehhh salahh.. kesatuan...=)
1malaysia...
Cines Indian Malay Bank...CIMB
oley oley oley oleyyy...
ika tengah pregnant pown semangat....


j.solomon pengurusi NUBE...n khalid atan (MTUC) pon ad..

lpas perhimpunan group kiteowg pg timesquare pegi makan jauh


sementare tggu lrt...mmg lepak...
last2 pg makan kat vivo je...
balik kiteowg terlamabat ckit bas amik kiteowg tmpt lain coz kiteowg xsempat sampai hq sebelum kul 3ptg
coz mase nak tukar token ramai woo orang beratur kat mesin last2 kiteowg pkat ramai2 skip suwo teo belikan kat kaunter...dah la malu kiteowg je pakai baju merah...siap ad yang ckap "bersih nie xabis2" siot jerkkk...kiteowg bukan pakai baju bersih laaa weyhhh....baju ad tulis NUBE pn xpaham...aku pown ignore je dieowg cakap sukeaty ko la bedah...

naik je bas sme lepak giler trus membute lpas tersadar je aku dah xley tido tros aku kacau si mala ajak bebual kosong...padahal muke die macam nak tido lagi...si hwee lan sebelah aku xbangun2 lagi bagun kejap je main psp...
mase borak2 ngan mala dieowg sorang2 tersadar last2 daripada beborak 2owg budak2 lain pon join..semua share problem bank masing2...best jugak share pendapat kan...bebual sampai dah smpai poown aku x perasan...
pengalaman nie mmg best bagi aku
walaupon penat...huuuuhuhuh

>>>PENATTT>>>










Sunday, 29 April 2012

annivasary kak napik n abg rizal..

hari nie mmg boring x wat pe pn kat uma...bangun pown lambat ckit coz esk malam ad project ngn dak2 union 1hb nie, esk dh kne gerak g kl...kire relax abis2 la...jap g amir en tunang call pulak ajak pg umah bakal kakak ipar (huhuhu) kak napik die ckp kak napik ajak makan2...aku pown join..mule2 macam heran gak asal tetibe ajak makan lepas bukak fb baru aku tau pagi2 kak yati buatkan kak napik kek annivesary...laa awat x habak awal2...=)


semenjak pandai wat kek asik buat kek je kak wati nie...kek aiskrim nie mmg syok
pagi2 die dah upload kat fb...
cayalah bakal kakak ipar aku sowg nie...
kalau bukak fb die lagi geram macam2 lauk pauk n kuih ad...
tapi die mmg best pandai giler masak..


siakap stim limau

antara menu utama kat umah kak napik...
mmg sedap giler berase kuah die dah boleh bukak kedai dah sorg buat kek sorg masak lauk...
famiy dieowg mmg best.. 
best coz semua pandai masak...=)
kalau raye mmg kenyang sebulan la coz gilir2 dieowg wat makan2 tuk family...

anyway tq to kak napik coz jemput aku datang mudah-mudahan diowg satu family dimurahkan rezeki...
amin...



Saturday, 28 April 2012

...engagement fira...


tunang sudah si fira...sabtu lepas 21.04.2012 kawan mse kat skola teknik aku tunang...meriah sungguh majlis die...dengan aunty-aunty yang sporting habis, adik bradik yang hapening n parent die yang baik giler...

semangat aku nak pegi umah si fira nie coz pagi-pagi die dah jemput aku kat umah...huhuhu 
aku exited coz nak kene makeover tunang owg...

fira nak make up simple2 je xnak tebal2...coz takot ilang seri mase kawin katenyer...so aku pun try la soft kan make up 2 bagi nampak natural...
nie kire ske2 je aku makeup kan die kire hobi di mase lapang la...8p


nie la hasilnye...huhuhu 
nasib baik die cakap ok...mak cik2 die pon ad warning jangan tebal2 sebelum aku makeup...
cuak2 gak la aku time 2...
mse tengah makeup si yana pulak datang bawak si syira dieowang dok dalam bilik gak tunggu fira siap
lagi la mengelabah aku takot kne komen...
nasib baik siap wisau gak aku...huhuhu

tak lame pastu qila pulak datang....time 2 tgh final setting...


kawan lame yang terpisah sejak 6 taun k...lame gak coz masing2 dah bawak haluan sendiri...qila pas continue study die keje kat valuer compny..si yana continue ambik rekaan fesyen  tak sie2 balaja rf dulu x cam aku lari bidang...8p si syira continue study ambik animation join astro...


lepas majlis selesai 
muke kepenatan aku...8p
walhal x wat ape pun cme tolong makeup jerk...
atas permintaan fira aku xcukur kening die cume gune teknik gam je...
saje try teknik nie..
nasib baik fira cakap ok...


nie hantaran paling cun....nie fira buat sendiri woo...mmg kreatif abis la die nie..
ape pown smoge fira n usop dipanjangkan jodoh dieowg sampai ke jinjang pelamin...
amin....


natural is better...=)


Monday, 23 April 2012

senyumlah...


•.♥ Senyumlah andai dirimu dilukai •.♥
•.♥ Senyumlah andai dirimu dilupai •.♥
•.♥ Senyumlah andai dirimu dikhianati •.♥
•.♥ Senyumlah andai dirimu ditindasi •.♥
•.♥ Senyumlah andai dirimu dibebani •.♥
•.♥ Senyumlah andai dirimu disakiti •.♥

`senyum tanda kekuatan diri .. biar sakit di hati .. tetapi jangan kita tunjukkan kelemahan diri .. ♥ (✿◠‿◠)

Tuesday, 10 April 2012

hard to say...='(

         Hidup ini susah kita nak duga. Kadang kala kita rasa dekat dengan seseorang tu. tapi sebenarnya jauh... Walaupun kita dapat genggam tangan dia, belum tentu hati dia kita dapat selami... Mungkin kita boleh buat dia ketawa, tapi kita tidak tahu apa makna senyumannya... Bila dia menangis, kita sangka kita dapat memujuknya...Walhal kehadiran kita langsung tak disenanginya... Rencah Dunia..Kita tidak tahu siapa kawan & lawan sehingga sampai satu saat kita jatuh tersungkur adakah tangan dihulurkan atau kita ditinggal kan.. Semoga Allah s.w.t merahmati kita..

                                                                                    (Untuk renungan bersama) 



b strong...=)

final stage...

ahad ary 2 blk kg coz nk celebrate birthday nenek aku...singah jap developer ambik barang n negok uma skali...dh lme aku x pegi negok...terkejut gak jalan dah siap...


dh nk siap nk kne standby duit kunci ni... atoii..


cat boleh same colour dengan umah nenek...8p huhuhu...

lepas negok tros g uma nenek aku x tau nk nak beli ape tok nenek nasib baik amir bagi cadangan beli kfc...tros singah anggerik kejap...sampai je fuyooo ramai tol kat uma nenek...
baru meriah cam nie..mmg best...

selamat ary lahir nenek...cian nenek ak dh masuk 2 tahun atok  xde..ahu . hurmmm




Saturday, 7 April 2012

no reason 4 love...

Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
... ...
Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.



p/s:terimalah org yang sayangkan kita , bukan org yang kita sayang kerana org yang sayangkn kita sanggup buat apa saje utk kita & org yg kita sayang belum tentu sanggup buat apa saja utk kita mcm org yg sayangkn kita sanggup buat " renung2kanlah ^_^



Tuesday, 3 April 2012

dayah weding...30.03.2012 - 01.04.2012



cepat je mase blalu kan...padahal dlu slalu makan sme2,skola sme2 pg makan sme2 nk kuar sme2...kawin je la x sme2 time..huhuhu

nk pendekkn cite kawin dah kawan ak si daya nie...mmg meriah tol lah majlis die nie...walaupon majlis bwat kat mlake mmbr2 dri jb ttp turun...bnyk gak la mmbr lme y datang...sepanjang majlis die nie aku happy giler coz ad si lany n sepet...bile jmpe dieowg nie mcm bnyk sgt bende nk cite...bff la ketakn...kiteowg pn jarang dpt kumpul sme2...y ak biase jmpe si lany coz kiteowg maintain stay kat jb cme si daya dh pg mlake n si sepet dh dok kl...kire relationship kiteowg terpisah antara jb/mlake/kl...tp still contact..dasyat kan...

ok ak nk share gmbr2 sepanjang majlis daya ary 2...bnyak gak la gmbr y aku amik...


ni pic sblm nikah...mse nie die tgh berdebar2 ye la nk jd bini owg la katekn...takot kne soal pown ye jugak last2 tak kne soal pon...pnat aku tlg bawak buku kursus kawin...huhuhu


ni bju malam berinai....meriah mse nie siap berarak ad mercun lg...aku pn tak pnah tgk pengantin jln mlm2 berarak ngn kompang lg...mmg hapening habis la...


ni pic malam berinai..pki baju minang...pelamin die ak ske simple je tp cantik...sesuai je ngn sme baju... bnyak gak si daya ni tukar baju...


ni pic mse pg die tukar bju dlu sblm bersanding kawan2 dh start dtg...


ayu gitu...


ni mse lps berarak siang dieowg duduk jap kat kerusi nie...berebot owg amik gmbr...hah dalam pic nie si pengapit lelaki kagum kejap tengok pengapit pompuan...ni la yg dikatekan jatuh cinte pandang pertame...sempat lagi dieowg nie...huhuhuhu
xpe la sape tau lps nie turn mereka...huhuhu...amin masin mulut aku...(baru pas makan tellur masin ni)


tengok nie si lany n sharul amik kesempatan jd pengapit...hahaha si sharul nie xkebil2 tgk lany...omg mereka patot kawin nie...kronik sgt dh nie...8p (pak cik mustaza tlg la kawinkan dieowg nie)


best lak negok dieowg kawin...nk kawin jugak laa...huhuhu


sebagai kawan aku doakan yang terbaik untuk daya n husband die...semoga bahagia ke akhir hayat..midon 2 romantik jugak...aku negok mse makan die tlg kopek kulit udang..walaupon udang 2 beso ibarat tapak tangan adk aku boboy (beso weyhh) tp lps die amk bhg isi die bg daya klu aku dh makan sendiri...8p


daya happy kiteowg pon tumpang happy...


aku harap daya kuat kn semangat tempuh hari2 y mendatang bergelar isteri org...walaupun banyak dugaan aku tau die kuat....=)



mmg best sesekali berkumpul cam nie...=)
tak puas...=(

sampai sni je la entry tok kali nie..lps nie tggu turn org y berikutnyer plak la eh..lps nie klu nk jmpe mungkin dh tak sme cm dlu masing2 dh berlaki...huhuuhu...tapi 2 la hakikat kehidupan walau macam mne skalipon kite kne tempuh jugak kehidupan yang mendatang...harap2 persahabtan nie smpi kite beranak cucu la ye korg...
miss korggg....huhuhu








its me